Anda pernah dengar nama Kevin Zahri?

Kevin Zahri mendapat pengiktirafan AFTA sebagai jurulatih peribadi dan pakar pemakanan.

Beliau merupakan sebuah nama yang cukup berpengaruh dalam memberikan tips-tips kesihatan dan kecergasan di Malaysia semenjak tahun 2004.

Selain itu beliau juga memenangi pingat pengiktirafan daripada US sebagai jurulatih peribadi dan pakar pemakanan yang berpengalaman melebihi 15 tahun.

C:\Users\AIMAN\Desktop\pendahuluan_kevin_zahari_1_1200x600.jpg

Beliau juga merupakan speaker yang selalu memberikan taklimat tentang kesihatan dan kecergasan dalam program-program kesihatan di Malaysia kepada sektor korporat dan sektor awam.

Kevin juga giat menulis buku tentang kesihatan dan kecergasan dalam Bahasa Melayu dan English.

Dalam beberapa tahun ini, beliau sudah menerbitkan beberapa buah buku dan e-books. Antara bukunya yang mendapat jualan terlaris di Malaysia adalah Fitness 24/7 dan Cergas 24/7.

Jom kita lihat antara tips-tips kurus yang Kevin Zahri tak dedahkan secara terbuka.


C:\Users\AIMAN\Desktop\03-not-enough-protein-weight-loss_750x750.jpg

1. Mulakan Seawal Mungkin

Sekiranya anda mempunyai azam untuk menurunkan berat badan, mulakan sekarang! Jangan suka bertangguh-tangguh.

Jika dibiarkan, nanti lama-lama azam anda untuk kurus dan mendapatkan berat badan yang ideal akan makin pudar dan tidak terlaksana.

2. Kenapa Anda Nak Kurus

Pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh kenapa anda hendak menurunkan berat badan.

Bila anda jelas sebab dan kenapa anda hendak kurus dan sihat, pastinya anda akan lebih bersemangat untuk merealisasikan impian anda.

3. Ketahui Cara Nak Kurus (Know-How)

Anda perlu menggabungkan semangat dengan ilmu cara nak kurus yang betul (know-how) supaya lebih memudahkan anda mengawal perjalanan dan proses untuk kurus.

Tidak mustahil untuk anda mencapai matlamat dan impian anda!

4. Jangan Terlalu Drastik

Apabila anda berazam untuk menurunkan berat badan, jangan terlalu drastik ambil keputusan tak nak makan itu, tak nak makan ini.

Banyak pantang larang yang anda kena buat. Jangan terus nak pecut ke gear lima sebab nak cepat kurus. Hal ini kerana kebarangkalian untuk anda “burn out” dan menyerah kalah adalah tinggi.

Anda sepatutnya perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan corak pemakanan yang betul. Konsisten adalah kunci kejayaan.

5. Jangan Membuat Perbandingan

Anda boleh terinspirasi dengan kejayaan orang lain yang telah mencapai matlamat mereka untuk menurunkan berat badan.

Tetapi jangan sampai anda mula membuat perbandingan dengan diri anda. Ini hanya menambahkan stress anda untuk mencapai matlamat.

Anda sepatutnya fokus pada perjalanan proses untuk kurus anda sendiri.

6. Bagi Ruang Masa

Jangan terlampau terkejar-kejar nak cepat kurus, nak cepat dapatkan berat yang ideal. Sampaikan ter”over” paksa diri.

Sepatutnya anda memberikan ruang masa pada diri untuk mencapai target. Hal ini untuk mengurangkan tekanan stress yang mungkin anda hadapi.

7. Jangan Sampai Tercedera

Cuba elakkan diri daripada berlakunya sebarang kecederaan. Pilihlah aktiviti atau senaman yang tidak terlalu keterlaluan untuk mengelakkan kecederaan. Sebab jika anda tercedera, ia boleh mengganggu program diet anda.

8. Sasarkan 1kg per Week or Less

Jangan terlalu drastik meletakkan sasaran kilogram untuk dikurangkan setiap minggu.

Sasarkan sekurang-kurangnya 0.5kg setiap minggu pun sudah mencukupi. Jangan target terlalu tinggi. Pastikan sasaran kilogram yang hendak diturunkan itu adalah realistik.

9. Separuh Lebih Baik

Sekiranya anda suka minum air manis, minum separuh sahaja.

Apa-apa makanan daripada sumber karbohidrat, jangan makan lebih daripada segenggam tangan anda.

10. Protein Yang Bagus

Pastikan di dalam setiap hidangan anda ada sumber protein yang bagus. Protein yang mengenyangkan dan yang memudahkan anda mengawal jumlah pemakanan seharian.

11. Izinkan Untuk Melakukan Kesilapan

Jangan terlalu ketat dalam peraturan perjalanan proses kurus anda dan mengharapkan kesempurnaan.

Izinkan untuk ada hari “cheat meal”, skip senaman dan beberapa kesilapan untuk pastikan perjalanan proses kurus anda tidak menekankan jiwa anda.

12. Dapatkan Sokongan

Kevin Zahri juga menyarankan anda untuk join program yang boleh memberi sokongan kepada anda untuk mencapai matlamat dan membantu proses penurunan berat badan anda.

Hal ini untuk memastikan anda sentiasa mempunyai momentum untuk mencapai target kurus!

13. Sasarkan Milestone Yang Realistik

Anda kena letakkan sasaran pada jangka pendek dan panjang tentang berapa jumlah kilogram yang hendak dikurangkan.

Dengan adanya ilmu (know-how), lebih mudah untuk anda meletakkan sasaran dengan lebih realistik.

14. Berikan Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Ini sebahagian daripada motivasi untuk kekalkan momentum anda supaya bersemangat untuk menurunkan berat badan. Anda boleh membeli kasut baru atau baju baru sebagai sebahagian daripada “self-reward”.

15. Beritahu Azam Kurus Anda

Anda juga boleh mewar-warkan tentang azam kurus anda kepada keluarga, kawan-kawan dan di sosial media bagi mengukuhkan lagi azam anda.

Selain untuk mendapatkan sokongan moral daripada mereka, ia juga mampu memberikan sedikit tekanan kepada anda supaya anda boleh betul-betul fokus untuk mencapai matlamat anda.

16. Mengurus Masa Dengan Baik

Kevin Zahri juga menekankan tentang kepentingan mengurus masa dengan baik. Anda perlu mengawal masa, bukan masa yang mengawal anda.

Ini untuk memastikan anda sentiase berada “on track” bagi merealisasikan impian untuk mencapai berat ideal.

17. Belajar Untuk Mengatakan “TIDAK”

Kadang-kadang kita akan ada mendapat jemputan daripada kawan-kawan untuk ke sesuatu majlis atau tempat, anda kena belajar untuk mengatakan “NO” ataupun “TIDAK” sekiranya jemputan tersebut akan mengganggu perjalanan proses kurus anda.

Mungkin pada permulaannya susah untuk anda lakukan. Tetapi lama-kelamaan anda akan menjadi biasa.

18. Persekitaran Positif

Cari dan rapatkan diri anda dengan persekitaran yang positif bersama orang-orang yang menyokong perjuangan anda untuk kurus.

Kevin Zahri juga menyarankan anda untuk menyertai group support untuk kurus bagi mengekalkan momentum anda.

19. Anda Gembira Menjalani Proses Kurus

Tepuk dada dan tanya diri anda. Adakah anda gembira melalui perjalanan dalam proses menurunkan berat badan ini?

Jika jawapannya tidak, anda perlu tukar dan lakukan sesuatu supaya mood anda boleh menjadi gembira dan tidak terlalu stress untuk meneruskan azam kurus anda.

Hal ini kerana sekiranya anda berasa gembira, kebarangkalian untuk anda fokus dan “on track” adalah tinggi.

20. Semoga Berjaya (Good Luck)

Ya sememangnya sesuatu perjalanan itu merupakan sebuah pemilihan.

Tetapi kadang-kadang sesebuah pemilihan berdasarkan nasib juga.

Mungkin anda bernasib baik terjumpa orang-orang yang menyokong anda. Bagaimanapun anda boleh mencuba sendiri untuk mencipta nasib anda dengan mencuba tips-tips yang dikongsikan oleh Kevin Zahri.

Diharapkan tips-tips kurus yang dikongsikan oleh Kevin Zahri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menjalani proses menurunkan berat badan.

Selain mengikuti tips-tips ini, anda juga disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengambil pemakanan yang betul mengikut piramid makanan.

Namun sekiranya anda tercari-cari group support bagi memastikan anda dalam persekitaran yang positif dan mengekalkan momentum yang tinggi, cubalah join Pakej TKO Nutrition!

C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\grouptko_750x750.jpg

Apa kelebihan dan bestnya pakej ini?

  1. Group Coaching Kurus

Di dalam group coaching ini, anda akan diberikan akses untuk mendapatkan konsultansi ONLINE secara terus dengan coach-coach.

Kalau di luar, anda perlu membayar secara bulanan untuk bertanyakan soalan-soalan mengenai diet pemakanan. Tetapi di dalam group ni anda bebas untuk bertanyakan soalan.

Coach akan bimbing anda cara pemakanan yang sihat yang perlu anda amalkan disamping menggunakan Fat Burner Mega 3.0 bagi membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

  1. Satu Fat Burner Mega 3.0
C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\th_750x750.jpg

Fat Burner Mega 3.0 dihasilkan daripada 8 bahan yang terbaik untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan lagi metabolisma supaya berlaku lebih banyak pembakaran lemak yang tidak digunakan di dalam badan.

  1. Nota Pemakanan (Hard Copy)

Semua ilmu tentang diet, nota pemakanan dan meal plan anda boleh dapatkan dalam buku hard copy ini. Ia mudah untuk anda ikuti satu persatu dan konsisten dengan perancangan untuk menurunkan berat badan.

  1. Shaker

Shaker ini memudahkan anda membancuh Fat Mega Burner 3.0 dan senang untuk anda bawa ke mana-mana.

  1. Postage Terus Ke Alamat Anda

Kesemua pakej di atas dihantar terus ke alamat anda menggunakan Poslaju.

Pakej TKO Nutrition telah mendapat lebih daripada 20,000 testimoni peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan selepas melanggan pakej ni.

Ia merupakan hasil daripada tunjuk ajar coach team ilmu kurus. Dengan tawaran harga pakej yang berpatutan, anda sememangnya perlu join program ini dengan segera.