Ini adalah persoalan yang kerap ditanya oleh pengguna-pengguna fat burner Malaysia – adakah ianya selamat?

Sekiranya anda runsing tentang fat burner dan keberkesanannya, ini adalah artikel yang anda perlu baca sehingga habis.

Ini kerana pakar kecergasan dapat membantu anda memahami dengan jelas sebelum anda membuat keputusan untuk membeli fat burner Malaysia.

Apa Maksud Fat Burner?

Dari segi istilah, fat burner adalah makanan tambahan yang dapat meningkatkan metabolisma badan, mengurangkan penyerapan lemak dan membantu badan membakar lebih banyak lemak untuk ditukar kepada tenaga.

Terdapat pelbagai sumber makanan tambahan yang boleh bertindak sebagai fat burner ini. Contoh termudah adalah teh hijau dan kopi.

Kopi mengandungi kafein yang boleh meningkatkan metabolisma badan dan membantu badan membakar lebih banyak lemak.

Teh hijau juga mengandungi kafein dan polyfenol yang bertindak untuk membakar kalori daripada makanan untuk menghasilkan haba, seterusnya membakar lemak.

Kedua-dua makanan sudah cukup untuk dijadikan sebagai pembakar lemak atau ‘fat burner’. 2 cawan kopi hitam setiap hari atau 3 cawan teh hijau setiap hari sudah mampu mengempiskan perut dan menjadikan tubuh badan anda langsing.

Namun orang Malaysia masih mahu mencari supplement fat burner untuk dijadikan sebagai makanan tambahan, lebih-lebih bagi mereka yang kaki gym dan mahu menurunkan berat badan.

Banyak jenama fat burner Malaysia yang digemari ramai seperti Jusmate 5, Lipo6, Hydroxycut, API Polythermex dan Fat Burner Mega 3.0 . Ia adalah tepung protein yang dapat membakar lemak serta memelihara jisim otot.

Tapi adakah ia betul-betul selamat?

Fat Burner Tak Sesuai Untuk Semua Orang

Produk supplemen fat burner dihasilkan untuk satu tujuan sahaja -membantu badan membakar lebih banyak lemak.

Oleh kerana itu, tidak semua orang sesuai untuk mengambilnya. Sekiranya ambil, ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Situasi ini sama seperti meminum kopi. Tidak semua orang suka dan boleh minum kopi. Ini kerana kebanyakan supplemen fat burner mengandungi kafein.

Fat Burner Malaysia Ada Kesan Sampingan?

Kebanyakan fat burner ada kesan sampingan sebagai tindak balas kepada penggunaannya.

Namun, ini bukan kesan yang kurang baik walaupun ada pengguna yang mengadu denyutan jantungnya meningkat. Ini kerana darah akan dipam untuk ke bahagian badan untuk proses pembakaran lemak.

Teruskan mengambil supplemen fat burner dalam kuantiti yang disyorkan. Sekiranya ada tanda-tanda seperti keresahan atau pening-pening, hentikan pengambilan supplemen itu.

Jadi, Selamatkah Nak Ambil Pembakar Lemak Ni?

Terpulang kepada individu dan matlamat anda.

Tambahkan supplemen pembakar lemak di dalam program diet anda sekiranya anda mahu mengempiskan perut dan menurunkan berat badan.

Anda juga perlu sentiasa aktif dengan bersenam dan mengangkat berat untuk membakar lemak. Ambil fat burner untuk meningkatkan lagi pembakaran kalori dan lemak dengan berkesan.

Ingat, supplemen hanya sebagai makanan tambahan sahaja. Jadikan ia sebagai pelengkap kepada diet anda.

Ramai orang silap kerana mereka berfikir mereka hanya boleh mengambil supplemen sahaja untuk kurus.

Dalam perang melawan lemak berlebihan, 80 peratus kemenangan memihak kepada anda sekiranya anda menjaga pemakanan.

Sekiranya anda boleh buat ini, maka matlamat diet anda senang dicapai.

10 peratus adalah senaman dan rehat manakala lagi 10 peratus adalah daripada pengambilan supplemen seperti fat burner ini.