TIPS 1 : Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita perlukan , tubuh badan akan terkejut. Tubuh akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan metabolism badan menjadi rendah.

 

TIPS 2 : Minum Sekurang-kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan cuba minum air dahulu, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak

 

TIPS 3 : Elakkan Minum Minuman yang Bergas

Minum bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan badan anda.

 

TIPS 4 : Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air dalam badan. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkut sedikit sahaja air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

 

TIPS 5 : Jangan Skip Sarapan Pagi

Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan. Ini kerana sarapan pagi boleh menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolism juga akan meningkat untuk membakar kalori.

 

TIPS 6 : Makan Secara Perlahan-Lahan

Nikmati dan hayati makanan dengan perlahan dan jangan gelojoh. Ini kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

 

 

TIPS 7 : Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini lebih mudah makanan untuk dihadam

 

TIPS 8 : Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak