Ramai orang yang berangan-angan ingin kuruskan badan dalam masa seminggu. Tapi adakah mereka sanggup dan tahu caranya? Dalam post kali ini, kami kongsikan 7 tips berkesan yang mesti anda cuba jika anda serius nak dapatkan berat badan idea anda.

 

1. Ketahui Jumlah Kalori Yang Diperlukan Badan Setiap Hari

 

Ada orang kata orang berbadan besar mempunyai masalah kadar metabolisma rendah. Ia menyebabkan badan lambat menukarkan apa yang dimakan menjadi tenaga. Fakta ini sama sekali tidak benar.

Fakta yang sebenar ialah berat badan anda bergantung kepada keseimbangan jumlah kalori yang diambil dengan jumlah kalori yang dibakar.

Jadi sebelum anda berangan-angan untuk kurus, anda perlu tahu dengan tepat berapakah jumlah kalori yang badan anda perlukan setiap hari.

 

Berapa kalori yang diperlukan badan sehari?

Menurut kajian, jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari. Untuk mengetahui berapa kalori yang sepatutnya anda ambil, boleh klik di sini. Anda hanya perlu isi berat, tinggi, umur dan jantina, Ini kerana setiap individu mempunyai berlainan kalori yang diperukan berdasarkan aktiviti harian.

 

calorie calculator

 

Jadi sekiranya anda seorang lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai berat badan 100 kg dan tinggi 170cm, jarang bersenam, badan anda memerlukan 2301 kalori setiap hari.

Anda akan kekalkan berat badan anda sekarang sekiranya anda mengambil 2301 kalori setiap hari, dan anda akan menjadi semakin gemuk jika mengambil kalori lebih dari 3301 setiap hari.

Jadi sekiranya anda nak kurus, anda perlu ambil kalori diantara 1301 – 1801 kalori setiap hari…

atau…

Jika anda masih ingin kekal mengambil 2301 kalori setiap hari, anda perlu masukan amalan bersenam dalam aktiviti harian anda.

Berapa cepat anda boleh capai berat badan idaman anda bergantung sepenuhnya kepada berapa extreme anda sanggup kurangkan penggambilan kalori dalam sehari.

Ini bermakna, semakin cepat anda ingin kurus, semakin extreme anda perlu kurang pengambilan kalori, dan semakin extreme juga menjalankan aktiviti membakar kalori.

Namun harus diingat, sebarang perubahan yang terlalu drastik adalah tidak digalakkan kerana ia boleh mengundang risiko kepada kesihatan.

 

2. Setkan Berat Badan Ideal Yang Ingin Dicapai

 

Berapa kurus anda ingin kurus? Berapa kilogram anda ingin kurangkan? Setkan target ini terlebih dahulu.

Kemudian, tulis pada kertas dan tampal dalam bilik ditempat yang anda akan lihat setiap hari. Kerta itu sepatutnya berbunyi..

“AKU NAK BERAT BADAN ___ KG PADA ___”

Cth : Aku nak berat badan 60KG pada 31/12/2018

Target perlu spesifik & realistik. Tak guna kita setkan target yang tidak realistik dan akhirnya kita tak rasa kita boleh capai. Ia akan merendahkan motivasi kita untuk capai target tersebut.

 

3. Kurangkan kekerapan memasukkan makanan ke dalam mulut

Percaya atau tidak kalau saya kata, perut kita ada memori? Perut kita akan ingat habit makan kita.

Kalau kita kerap memasukkan sesuatu ke dalam mulut, perut akan cepat lapar dan sentiasa minta diisi setiap masa.

Cuba renungkan, kenapa bulan puasa kita boleh sabar tak makan waktu siang? Sebab kita train perut untuk tidak rasa lapar dan pada akhir-akhir sebelum raya, kita memang tidak rasa lapar walaupun hari sudah petang.

Jadi saya sarankan, jika tuan puan serius untuk kuruskan badan, cuba elak masukkan apa-apa ke dalam mulut dalam sela masa 6 jam sekali. Jadikan ianya satu habit yang berterusan.

 

4. Kurangkan minuman bergula

 

Ini ialah tips yang sangat mudah untuk diamalkan. Minuman bergula sebenarnya adalah penyumbang kalori yang besar yang kita tidak sedar. Dalam masa yang ia juga sesuatu yang paling mudah untuk dielakkan.

Amalkan bila kita makan di kedai makan, kita order air kosong. Atau setidak-tidaknya minuman kurang manis.

Saya syorkan paling banyak hanya ambil 1 gelas minuman bergula setiap hari.

 

5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan

Apabila kita kurangkan pengambilan kalori, ada kebarangkalian keseimbangan dan kualiti diet kita akan berkurang. Jadi untuk menjaga keseimbangannya, saya cadangkan kita makan lebih banyak buah-buahan tempatan yang rendah kalori seperti tembikai, tembikai susu atau jambu batu. Kita juga digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang berwarna hijau didalam diet harian kita seperti daun pegaga, bayam, tomato dan timun jepun. Daun pegaga membantu untuk sesiapa yang inginkan kelihatan awet muda sentiasa kerana kandungan anti-oxidantnya tinggi.

Selain membekalkan nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

 

6. Banyakkan Minum Air Masak

Tahukan anda, otak kita sebenarnya tidak tahu adakah perut kita sedang lapar atau dahaga. Tapi pada kebayakkan masa, kita mentafsir signal tersebut sebagai lapar dan untuk menyelesaikan, kita makan.

Padahal sebenarnya kita cuma dahaga dan hanya perlu minum segelas air untuk hilangkan rasa “lapar” tadi.

Saya syorkan anda minum sekurang-kurang 8 gelas air sehari.

 

7. Mulakan rutin bersenam/workout membakar kalori

 

Sekiranya tuan puan serius untuk menguruskan berat badan, saya rekemen tuan puan untuk cuba senaman bermain tali skipping.

Berdasarkan data, 30 minit jogging anda hanya mampu membakar 245 kalori, tetapi dengan 30 minit bermain tali skipping anda mampu membakar 420 kalori.

 

Rumusan

Dengan pengambilan kalori yang kurang keperluan badan disertakan dengan aktiviti membakar kalori yang intensif, saya yakin anda akan dapatkan turunkan berat badan anda tanpa gagal.

Persoalannya, adakah anda betul-betul serius nak turunkan berat badan?

Jika serius, jom klik di sini ==> SAYA NAK KURUS

Jika serius, jom klik di sini ==> SAYA NAK KURUS