Bolehkah anda boleh mencapai berat badan ideal dengan 5 tips kurus ini?

Ianya tidak mustahil untuk dicapai apabila anda mahu mengikuti tips kurus dengan bersungguh-sungguh

Pernah tak anda alami situasi beria-ia menghabiskan masa dengan berzumba, jogging, pantang larang makan itu ini, tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan.

Sekadar turun sekilo dua sahaja. Apa la degil sangat lemak-lemak ni nak hilang kan? Sebenarnya kalau anda ada ilmu dan mengikuti tips kurus yang betul, perjalanan proses kurus anda akan jadi lebih mudah.


C:\Users\AIMAN\Desktop\Pendahuluan Tips Kurus.jpg


Apa yang menjadi trend zaman sekarang ini adalah suka ambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil pil kurus.

Biarpun Kementerian Kesihatan Malaysia telah menekankan bahaya pengambilan pil kurus ini, namun ianya seperti tidak diendahkan. Hal ini kerana keghairahan kita untuk cepat kurus demi mendapatkan berat badan yang ideal.

Sebenarnya ada cara yang anda boleh amalkan bagi mengurangkan berat badan tanpa pengambilan pil kurus. Jom kita sama-sama ikuti tips kurus ini:

1. Jangan Biarkan Diri Berlapar


C:\Users\AIMAN\Desktop\aplikasi-diet-turun-berat-badan_750x750.jpg

Ramai orang salah faham dan mempunyai mind set yang salah dimana kalau ingin menurunkan berat badan anda kena berlapar.

Perkara ini perlu dibetulkan kerana disebabkan suka berlapar ini membuatkan ramai yang gagal dalam rutin diet untuk kurus. Akhirnya anda akan jadi stress dan mula makan lebih banyak.

Anda boleh amalkan cara pengambilan makanan seperti ini:

  • Satu saiz tapak tangan protein (ikan, daging dan ayam)
  • Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, kubis, bayam)
  • Separuh genggam karbohidrat
  • Dua ibu jari lemak sihat seperti almond, cashew dan kekacang.

2. Minum Green Tea & Banyakkan Minum Air Kosong


C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\minum-air-masak-gelas_750x750.jpg

Tips kurus yang kedua adalah elakkan diri daripada meminum air berkarbonat dan yang bergula. Sebaliknya banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 litre sehari.

Ini merupakan teknik hidrasi bagi menurunkan berat badan dan juga untuk optimumkan fungsi sel, tisu dan otot.

Selain itu anda juga boleh amalkan minum green tea. Tapi jangan tambahkan gula pulak ya. Kalau rasa tidak boleh telan green tea tu, anda boleh campurkan sedikit perahan lemon bagi mengurangkan rasa pahitnya.

Green tea atau teh hijau ni sarat dengan kandungan nutrien dan antioksida semula jadi yang dikenali sebagai polifenol.

Antioksida ini diperlukan bagi meningkat fungsi otak, mengurangkan berat badan dan bagi mengelakkan risiko menghidapi kanser.


3. Katakan “TIDAK” kepada Fast Food


C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\hamburger-fast-food-french-fries-barcelona2_750x750.jpg

Ketika anda bercita-cita untuk menurunkan berat badan dan dalam proses berdiet, anda seharusnya mengelakkan diri daripada memakan fast food.

Sememangnya susah pada permulaannya untuk tidak mengambil fast food ni, tapi sekiranya anda sudah setkan pada minda untuk fokus dengan menu diet yang sihat, insya-Allah anda akan berjaya melepasi ujian ini.

4. Bersenam 30 Minit Sehari

C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\shutterstock_159120368.0_750x750.jpg

Sehari kita ada 24jam, takkan sehari nak luangkan masa selama 30 minit demi kesihatan badan sendiri pun tak boleh kan?

Sekiranya anda sibuk dengan urusan kerja sekurang-kurangnya banyakkan bergerak seperti gunakan tangga dan berjalan kaki. Banyak kalori dapat dibakar dengan hanya menaiki tangga tau.

Senaman merupakan satu aspek penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Sekiranya anda telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman dapat membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

5. Jangan Mudah Berputus Asa dan Selalu Positifkan Diri Untuk Diet

Sememangnya diakui sangat mencabar pada permulaan proses diet. Bila hendak membiasakan diri dengan satu gaya hidup yang baru pasti ada cabarannya. Yang penting jiwa anda kena kental.

Anda kena fokus pada matlamat anda untuk mendapatkan berat yang ideal. Jangan mudah berputus asa dan mengalah.

Selalu positifkan diri dengan cara cari “circle” yang boleh memberi sokongan pada anda bagi memudahkan anda menjalani proses penurunan berat badan.

Sokongan dan kata semangat dari orang sekeliling dapat menjadi pembakar semangat bagi meneruskan misi menguruskan badan.

Akhir kata, anda kena disiplinkan diri sewaktu berdiet. Jangan suka bergantung kepada pil kurus semata sekiranya ingin menurunkan berat badan kerana anda hanya menempah bahaya!

Amalkan gaya hidup yang sihat dan corak cara pemakanan yang seimbang. Ingat, tiada jalan mudah untuk kurus. Semuanya perlukan masa dan ianya merupakan sebuah proses. Biarlah kurus secara selamat.

Sekiranya anda ingin mengekalkan momentum semangat anda untuk kurus dan ingin lebih fokus, apa kata anda join Pakej TKO Nutrition. Di dalam pakej ini, anda akan mendapat bimbingan daripada coach team ilmu kurus.

Coach akan support anda dari segi ilmu dan semangat. Barulah anda sentiasa bermotivasi untuk teruskan plan diet dan senaman anda.

C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\grouptko_750x750.jpg

Apa kelebihan dan bestnya pakej ini?

  1. Group Coaching Kurus

Di dalam group coaching ini, anda akan diberikan akses untuk mendapatkan konsultansi ONLINE secara terus dengan coach.

Kalau di luar, anda perlu membayar secara bulanan untuk bertanyakan soalan-soalan mengenai diet pemakanan. Tetapi di dalam group ni anda bebas untuk bertanyakan soalan.

Coach akan bimbing anda cara pemakanan yang sihat yang perlu anda amalkan disamping menggunakan Fat Burner Mega 3.0 bagi membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

  1. Satu Fat Burner Mega 3.0
C:\Users\AIMAN\Desktop\Tips Kurus Pic\th_750x750.jpg

Fat Burner Mega 3.0 dihasilkan daripada 8 bahan yang terbaik untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan meningkatkan lagi metabolisma supaya berlaku lebih banyak pembakaran lemak yang tidak digunakan di dalam badan.

  1. Nota Pemakanan (Hard Copy)

Semua ilmu tentang diet, nota pemakanan dan meal plan anda boleh dapatkan dalam buku hard copy ini. Ia mudah untuk anda ikuti satu persatu dan konsisten dengan perancangan untuk menurunkan berat badan.

  1. Shaker

Shaker ini memudahkan anda membancuh Fat Mega Burner 3.0 dan senang untuk anda bawa ke mana-mana.

  1. Postage Terus Ke Alamat Anda

Kesemua pakej di atas dihantar terus ke alamat anda menggunakan Poslaju.

Pakej ini telah mendapat lebih daripada 20,000 testimoni peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan selepas melanggan pakej ni. Dengan tawaran harga pakej yang berpatutan, anda sememangnya perlu join dengan segera!