Ramai yang kata whey protein Malaysia ni tak sama dengan whey protein jenama luar.

Adakah ianya benar? Apa yang menyebabkan orang Malaysia memilih whey protein? Memang kebanyakan produk whey protein ni datangnya dari luar negara tapi tidak boleh dinafikan terdapat juga whey protein Malaysia yang bagus dan berkualiti.

Sebelum kita menjawab persoalan itu, kita perlu tahu tentang kepentingan whey protein.

Semua orang yang gemar pergi gym dan membina badan tahu bahawa whey protein adalah bekalan supplemen yang sangat diperlukan.

Tahukah anda bahawa otot kita memerlukan asid amino untuk mengelakkan daripada kemerosotan otot serta untuk membaiki dan membina otot yang rosak?

Sebab itulah ahli sukan dan ahli bina badan memerlukan whey protein untuk membekalkan protein yang diperlukan.

Biasanya ia diperolehi dalam bentuk serbuk protein yang dijadikan minuman untuk aktiviti senaman berat.

Sekiranya anda sedang mencari produk whey protein, berikut adalah 5 jenama whey protein Malaysia yang anda boleh pilih:

1. Agym Nutrition

Produk whey protein ini sememangnya digemari ramai. Titan Whey adalah 100% halal dan membantu membesarkan saiz dan kekuatan otot serta mampu mengawal rasa lapar.

Mengandungi 25 gram protein dan 120 kalori untuk setiap sajian. Boleh didapati dalam perisa coklat yang lazat.

2. Pharmanutri

Vital Whey Protein adalah produk di bawah jenama Pharmanutri. Ia salah satu jenama whey protein Malaysia yang mendapat Sijil Halal Jakim (MS1500:2009 1017-04/2018).

Selain itu, produk ini lulus ujian halal (Porcine DNA Test/ Lulus Ujian DNA khinzir. Boleh didapati dalam perasa coklat dan vanila yang sedap.

3. Optimum Nutrition

Optimum Nutrition adalah jenama yang popular di kalangan penggemar whey protein. Di antara keistimewaan jenama ini adalah mudah dibancuh dan tinggi kandungan protein.

4. Cosway High Protein

Produk ini mengandungi formula segera yang memudahkan anda untuk membancuhnya. Lengkap dengan 9 asid amino penting untuk keperluan tubuh dan penyerapan maksima.

Cosway High Protein adalah produk rendah lemak dan serta tiada bahan pengawet tiruan dan pewarna.

5. Dymatize

Whey protein isolate adalah salah satu jenama daripada Dymatize. ia mengandungi 100% whey protein yang diperlukan untuk membina otot.

Terdapat dalam perasa coklat, cookies dan cream.

Tidak kira apa jenama whey protein Malaysia yang anda pilih, kualiti whey protein perlu diambil kira.

Menurut pakar kecergasan, kualiti whey protein yang terbaik perlu memiliki ciri-ciri ini:

  • Struktur whey protein yang halus – ini membolehkan penyerapan protein terus ke sel-sel otot.
  • Rendah kalori – whey protein tidak bertujuan untuk membakar kalori kerana ianay khusus untuk menambahkan protein sahaja.
  • Kandungan gula yang minima – elakkan whey protein yang manis dan semestinya tinggi kalori.

Apa yang pasti, pemilihan whey protein adalah sangat penting untuk matlamat kecergasan anda. Sekiranya anda sedang mencari whey protein yang terbaik untuk anda, ketahui lebih lanjut tentang produk kami di sini.